SELAMAT DATANG KE ANNUAL CONFERENCE OF THE ASIAN AUSTRALIAN FEDERATION OF INTERVENTIONAL AND THERAPEUTIC NEURORADIOLOGY KE-11( SEBELAS)

Para delegasi,

Kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan anda untuk Persidangan Tahunan Kesebelas Persekutuan Asia Australia Neuroradiology intervensi , Da Nang , Vietnam, 2014.

Neurointervention adalah satu bidang profesional yang memainkan peranan yang penting dalam perubatan moden. Vietnamese Society of Therapeutic Interventional Radiology adalah sebuah organisasi yang baru ditubuhkan pada tahun 2010 dengan bilangan ahli yang kecil. Misinya adalah untuk merancang, menggalakkan dan merangsang pembangunan Vietnamese Interventional Radiology.

Selepas tempoh yang singkat sejak penubuhannya , kami telah menyaksikan pembangunan yang besar , perubahan drastik dan tahap tertentu kejayaan dalam bidang terutamanya dalam NeuroIntervention therapeutik.

Namun, berilmu pengetahuan bermakna kita perlu sentiasa  mencari  apa yang masih  masih kita tidak tahu dan  sedar bahawa ada lebih banyak perkara yang perlu dipelajari dari masa ke semasa.  Inilah  sebab mengapa kami menyasarkan  perkongsian ilmu pengetahuan antara satu sama lain terutamanya daripada kepakaran tuan puan  dalam program ini.

 

Da Nang , sebuah bandar yang indah terletak di tengah-tengah Vietnam, mempunyai dengan salah satu pantai yang paling indah di negara ini, bercuaca selesa sepanjang tahun, amat berbesar hati menjadi tuan rumah acara ini

Oleh itu, penyertaan anda ke mesyuarat itu akan menjadi sumbangan berharga kepada kejayaan persidangan dan bagi pembangunan Intervention NeuroRadiology di Asia Tenggara.

Kami berharap bahawa anda akan berpuas hati dengan ceramah profesional, kertas kerja saintifik dan laporan antarabangsa yang cemerlang dalam simposium ini. Kami juga berharap, tuan puan akan gembira dengan aktiviti-aktiviti rekreasi yang ada dan boleh dapat menikmati landskap semula jadi yang indah serta tempat-tempat bersejarah di sini.

Kami amat menghargai  sumbangan  dan usaha yang cemerlang semua ahli- ahli yang telah bekerja keras, jawatankuasa eksekutif AAFITN dan mereka-mereka yang telah memberi bantuan untuk  perkembangan organisasi. Akhir sekali, kami juga ingin mengalu-alukan  kedatangan tuan puan dan keluarga anda untuk menyertai acara yang bermakna ini.

Terima kasih dan semoga berjumpa di  Vietnam nanti.

 

ACKNOWLEDGEMENT:

Our appreciation is extended to Dr Salinawati Bakin for her help to translate this section.

  Thiết kế web bởi Bluestyle